Friday, October 12, 2012

JOJO happy birthday :)

Assalamualaikum ;)

Alhamdulillah nikmat Allah setiap hari mmg tak terhitung. TAK AKAN TERHITUNG kerana nikmat Allah itu kadang-kadang kita sendiri tidak tahu bahawa itu adalah nikmat. daripada sekecik-kecik perkara hingga ke sebesar-besar perkara yang kita terlepas pandang. Istighfar dan Alhamdulillah.

Alhamdulillah sekali lagi kerana diberi kesempatan untuk mencapai umur s-e-m-b-i-l-a-n b-e-l-a-s tahun. 

Pada tanggal 10 Oktober 2012, sudah dua tahun sambut birthday di perantauan.(ayat sadis)
Alhamdulillah tahun ni, sambutan meraikan kenaikan angka pada umur sendiri sangat meriah kerana insyaAllah bertemakan ukhuwah fillah kerana Allah.(bkn tema semata-mata tp diamalkan juga). gembira hati ini kerana yang jauh pn dapat sama-sama join. yelah kitorg semua dah tak satu kelas lagi. RINDU.

semalam, diorang buat surprised. serius! langsung tak syak apa-apa. padahal banyak point dah terkantoi. mungkin sbb hari sebelum tu housemates dh celebrate sama-sama. siap ada kek lagi. ingatkan dah tak ada la kejutan-kejutan nih.huhu. rupanya ada lagi. Alhamdulillah. terharu sebab Allah sudi gembirakan hati hambaNya yang jauh dari keluarga. Allah gerakkan hati kawan2 untuk buat semua tu. semuanya Allah punya kuasa. Alhamdulillah :)
sayang korang semua kerana Allah

nikmat ukhuwah tu sangat berharga. bayangkan kitorg baru kenal setahun tapi dah macam bertahun-tahun kenal. kitorg sanggup tolong antara satu sama lain supaya yang lain tu dapat tenang hatinya. lagipun, bersahabat itu disuruh oleh Allah. tambah lagi, Allah anugerahkan cintaNya kepada manusia yang mencintai saudaranya kerana Allah. siapa yang bersahabat kerana Allah insyaAllah Allah cinta kepada orang-orang itu ;)

baikkan Allah. Allah tahu kita tak boleh hidup tanpa kawan. sebab tu Allah suruh kita berkawan. lepas tu Allah tambah lgi, sesiapa yang bersahabat kerana Allah nti Allah balas dengan cinta Allah pulak. wahhh, untung tu! siapa yang tak nak cinta daripada Maha PENCINTA. uiih, Maha PENCINTA kot. hebat tu! sesiapa yang pernah putus cinta dengan manusia tu(lagi-lagi yang tak halal lagi) mesti tak akan menyesal apabila bercinta dengan Allah.

Allah sangat sempurna, Allah tak akan mati, Allah tak pernah tolak kita ke tepi kalau kita buat Allah marah, Allah sentiasa sayang kita, Allah tempat kita mohon segala-galanya. Allah lah segala-galanya. semua yang kita buat semua kerana Allah. eh, ni bukan taksub ke mabuk cinta yang bukan-bukan tau! ni  mabuk cinta untuk Allah. memang patut kita buat macam ni. sebab Allah adalah Tuhan kita. kepadanya lah segala-galanya akan kembali. Allah is the number one.

tapi ingat, untuk mencapai apa-apa pun perlu ada pengorbanan kan?
samalah bila kita nk cari cinta Allah ni. kita kena tolak sikit dunia, tolak sikit hawa nafsu supaya kita dapat menghayati betul-betul cinta Allah tu. dan nak ingatkan juga, bahawa Allah pemilik seluruh alam termasuklah dunia yang kita duduki ini, so jangan bimbang jika kita terpaksa tolak dunia tu ketepi sikit kerana Allah tahu kita tak akn rugi. Allah sentiasa sediakn yang terbaik untuk kita.

macam artis

kak oppa, kak kembar, kak qis, kak bai.hehe. akak la sngt

mcm pegang anak kan.haha
pss, jojo tu adalah watak lakonan saya semasa orentasi tahun satu. melekat sampai sekarang pulak. hee


1 comments:

NadiaSarwani said...

:) Ouh, ukhti yg sweet...
moga akan sweet selalu. Hehe...
UFAA. Muaahhhh~

Post a Comment