Friday, September 2, 2016

Ke mana hilangnya hamasah..?

Bila dibandingkan semula engkau yang kini dan engkau yang dahulu, apa bezanya? 

Mungkin dahulu kaulah yang paling bersemangat. 
Jika menelaah engkaulah yang paling disiplin,
Tika makan engkaulah yang paling tidak memilih makan, 
Saat bekerja engkaulah yang paling menyerlah.

Namun kini, apalah yang tinggal dalam diri engkau..?
Ke mana teori yang ditelaah?
Di mana kau simpan segala formula dalam bekerja saat kau dapatkannya dalam usrah?
Di mana kau sorokkan hamasahmu.

Hidup ini, yang hitam jelas, yang putih juga lagi jelas. 
Engkau mahu pilih yang mana?

Miri, Raya Qorban

Monday, September 14, 2015

Returning of Bunga Lima Kelopak


cc: Brotherhoodarts.com

Hello, P.E.O.P.L.E!

Assalamualaikum.

After 2 years neglecting this blog, yaaa today  I'm here :D
Writing is my favourite. Surely, I miss writing in this blog eventhough I did some writing in Facebook.

Between 2 years ag, there are so many things happen that changed me. I guess.

The tears,

laughs,

stress,

happiness,

calm,

feeling of giving up,

feeling of climb up back the top after fall into a deep cleft,

feeling of left by someone,

feeling of being appreciatiated.

With all that I've feel, Allah still choose me to be alive.
And I feel very grateful (but often forgotten).

I cant write all in one time. Masa pun nak kena curi-curi. Biizdnillah, perhaps that Allah will give me time to write as sharing and reminders is important to us as human being.


Monday, March 25, 2013

Dunia, saya cintakan anda!

Assalamualaikum :)

Jom nyanyi jap,

Hujan, bila aku sudah tiada.

Bila aku sudah tiada
Simpan semua laguku
jgn ditangis selalu
Mungkin itu sementara
Bila jumpa penggantiku jgn dilupakan aku..

Gelak tawa
tangisan yg hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku...

Sobs..

Sedih.

T_T

Lirik lagu ni yang sedih ke ada sebab lain?

Jika dulu sedih sampai hingus meleleh kerana dek menghayati setiap bait liriknya, kini sedih kerana inilah realiti zaman umat akhir zaman. LEKA!

Tak perlu bgtau berapa byk lagu yang kita sudah melelehkan air mata bila mendengarnya kerana diri ini juga mengerti.

Tak perlu bgtau berapa byk ayat Al-Quran yang sudah diperhalusi betul-betul sehingga mengalir air mata kerana takut akan nerakaNya. Tak perlu bgtau kerana diri ini mengerti akn jumlahnya yg sedikit itu.

Nangis lagi.

Kalau kita lihat lirik lagu ni, "alangkah indahnya jika kita mampu hidup selamanya."

Bro, kita tak kan hidup selama-lamanya kat dunia ni bro!

Dunia ni nampak je cantik, indah. Ada iphone 10s, ada suzuki swift, ada pangkat CEO, ada pangkat tokoh terhebat, ada PS limited edition, ada family kaya raya,ada awek cun melecun, ada pakwe hensem sem sem, ada katil dan tilam yg empuk sampai mcm nk terbenam.

Indah kan, semuanya indah.

Inilah yang menjadi rebutan.

'Aku nak keje rerajin sbb nti dpt duit byk boleh aku beli iphone 10s. Haa kalau iphone 11 dh kuar aku pn nk belilah. Kalau boleh biar dpt yg plg tip top. Nti dh dpt fon tu i'm on the top of the world la. glamour you.'

Fuh, sanggup kn kita berpenat lelah sebab nak capai harta benda duniawi dgn tanpa sebarang niat kerana Allah.

Rugi sgt tuh. Okey contoh, Cuba kita niatkan beli fon tu sbb nak ada skype or wasep sbb nti boleh tepon mak ngn family nti kalau dorg happy Allah pn happy. Kan best Allah happy dgn kita. ^^

Kalau beli baju, beli baju biarlah sopan dan cantik. Xperlu mahal sgt pn xpe asalkn yg Allah suka. Walaupun pada mata manusia nmpk hodoh dan tua tp xpe di sisi Allah besar nilainya.$$
Walaupun nak crik tshirt muslimah atau baju yg labuh2 memerlukan duit yg byk, xpe. beli je asalkn niatkn dlm hati, 'aku beli baju ni walaupun mahal tp tak pelah asalkan Allah suka, dpt masuk syurga'




Monday, March 18, 2013

Candies ;)

Assalamualaikum ;)

Perkara yg pertama sekali nk ucap, Alhamdulillah masyaAllah.

Heyyyo skema betul, Assalamualaikum la alhamdulillah la. baik sgt blog ni. Cari blog lain la. Lalalalalaaa

Haaaa silalah tukar blog.
Rugi nanti. Nak cite benda best ni. Something that comes from inside of me. Huuu nak cerita pasal kehidupan harian kat blog? Oh tak. Tapi nak share apa yang dirasa.

Manusia itu PELUPA.

"Lupa? Weh tak la aku exam anatomy dpt 100% kot. Full marks! Mustahil la aku ni seorang manusia pelupa. Kalau aku lupa aku tak boleh dapat 100."

"Mustahil!" (Tak habis lagi =.=')

Kalau kita ni PENGINGAT SANGAT, kenapa kita still lupa nak bersyukur yang Allah la yang bagi kita rezeki dapat 100% anatomy. Kita lupa Allah la yang dah tetapkan setiap hari kita dapat apa. Setiap yang Allah bg nikmat tu yg kita rasa best dan sangat best malah boleh masuk dlm karangan pengalaman manis yang tak dapat dilupakan, tula nikmat yang selalu kita lupakan.

Dalam kita sibuk belajar nak dapat 100% markah tu kita terlupa baca quran. Terlupa baca doa dengan maksud. Terlupa nak ingat yang kita pandai ni sbb Allah yg bg dan bukan sbb kita yg study tak tidur mlm maka kita dapat markah penuh. Bukan!

Kita terlupa nak senyum dgn kawan, terlupa nak buang sampah( tugas minggu tu) dan terlupa yang mcm2 la.

Manusia perlu sentiasa diingatkan.

Bagaimana?
Hurmm start dgn diri sendiri la kan. Tau sendiri lah tiap2 hari malaikat maut datang jenguk kita 70 kali. Tiap saat, tiap minit, tiap jam, tiap hari yang mendatang adalah masa yang mendekatkan kita dengan mati.

Fikirlah sendiri dalam kubur nti kita macam mana. Kalau sembahyang pun sembahyang caplen je, janji buat je. Its nothing okey. Tak dapat pun nak bantu untuk lari dari ular dan binatang berbisa dalam kubur nanti.

T_T


InsyaAllah smpi sini je.
Alhamdulillah, tenangnya hati berada di tempat hijau. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.wuuu.aman

Monday, February 4, 2013

Amanah saham akhirat ^^

Assalamualaikum :)

MasyaAllah, lama sungguh tidak menaip di blog ini. Nampaknya hari ini saya tidak dpt menahan rasa itu lalu bertekad men'download' Blogspot ke dlm phone baru. Hee

Dengan perasaan gembira selepas ada akhawat rindu, saya menulis entri ini. Sepanjang beberapa bulan ini MasyaAllah mmg banyak betul perkara yang terjadi.

Dilantik memegang beberapa jawatan dan mendapat tanggungjawab yg agak berat. Dengan berbekalkan pengalaman yang ciput seciputnya saya menerima jawatan dan tanggungjawab yang diberikan.

'Biar betul ko terima byk2 tu, ko ni dh la tak tau pape tibe2 nk amik jawatan tu'

Ye memang banyak yang saya tak tau. Tapi bila saya lepaskan peluang yang datang tu begitu shj makanya lagi banyaklah yang saya tidak tahu.

SAMPAI BILA SAYA TAK NAK TAHU PEKARA YANG BERKAITAN DENGAN BENDA-BENDA TU SEMUA KAN?

SAMPAI BILA SAYA TAK NAK CUBA PERKARA BARU?

SAMPAI BILA SAYA NAK TGK ORG LAIN JE BUAT?

Saya percaya setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Dan leadership ni pun penting untuk ada dalam setiap orang sebab setiap orang itu adalah seorang pemimpin.

Saya juga percaya dengan kita memegang jawatan itu bukan bermakna kitalah yg sepatutnya dilayan tetapi kitalah yang perlu berkhidmat utk mereka. Untuk kawan-kawan kita.

Saya percaya bila kita tolong orang lain, insyaAllah Allah akn tolong kita jugak.

Bila kita buat sesuatu kerja itu kerana Allah semata-mata, insyaAllah Allah permudahkan urusan kita. Saya sgt terkesan dengan rakan-rakan ajk yang cool je tp sebenarnya mengalami masalah. Hebat! Tenang sahaja muka mereka. Dalam hati mereka sgt yakin bahawa Allah yg berkuasa utk menentukan segalanya.

Allah pilih saya dalam sesuatu unit tu mesti ada sebab. Ada benda yang Allah nak kita suruh belajar. So enjoy it! InsyaAllah Allah tolong :)







Friday, October 12, 2012

JOJO happy birthday :)

Assalamualaikum ;)

Alhamdulillah nikmat Allah setiap hari mmg tak terhitung. TAK AKAN TERHITUNG kerana nikmat Allah itu kadang-kadang kita sendiri tidak tahu bahawa itu adalah nikmat. daripada sekecik-kecik perkara hingga ke sebesar-besar perkara yang kita terlepas pandang. Istighfar dan Alhamdulillah.

Alhamdulillah sekali lagi kerana diberi kesempatan untuk mencapai umur s-e-m-b-i-l-a-n b-e-l-a-s tahun. 

Pada tanggal 10 Oktober 2012, sudah dua tahun sambut birthday di perantauan.(ayat sadis)
Alhamdulillah tahun ni, sambutan meraikan kenaikan angka pada umur sendiri sangat meriah kerana insyaAllah bertemakan ukhuwah fillah kerana Allah.(bkn tema semata-mata tp diamalkan juga). gembira hati ini kerana yang jauh pn dapat sama-sama join. yelah kitorg semua dah tak satu kelas lagi. RINDU.

semalam, diorang buat surprised. serius! langsung tak syak apa-apa. padahal banyak point dah terkantoi. mungkin sbb hari sebelum tu housemates dh celebrate sama-sama. siap ada kek lagi. ingatkan dah tak ada la kejutan-kejutan nih.huhu. rupanya ada lagi. Alhamdulillah. terharu sebab Allah sudi gembirakan hati hambaNya yang jauh dari keluarga. Allah gerakkan hati kawan2 untuk buat semua tu. semuanya Allah punya kuasa. Alhamdulillah :)
sayang korang semua kerana Allah

nikmat ukhuwah tu sangat berharga. bayangkan kitorg baru kenal setahun tapi dah macam bertahun-tahun kenal. kitorg sanggup tolong antara satu sama lain supaya yang lain tu dapat tenang hatinya. lagipun, bersahabat itu disuruh oleh Allah. tambah lagi, Allah anugerahkan cintaNya kepada manusia yang mencintai saudaranya kerana Allah. siapa yang bersahabat kerana Allah insyaAllah Allah cinta kepada orang-orang itu ;)

baikkan Allah. Allah tahu kita tak boleh hidup tanpa kawan. sebab tu Allah suruh kita berkawan. lepas tu Allah tambah lgi, sesiapa yang bersahabat kerana Allah nti Allah balas dengan cinta Allah pulak. wahhh, untung tu! siapa yang tak nak cinta daripada Maha PENCINTA. uiih, Maha PENCINTA kot. hebat tu! sesiapa yang pernah putus cinta dengan manusia tu(lagi-lagi yang tak halal lagi) mesti tak akan menyesal apabila bercinta dengan Allah.

Allah sangat sempurna, Allah tak akan mati, Allah tak pernah tolak kita ke tepi kalau kita buat Allah marah, Allah sentiasa sayang kita, Allah tempat kita mohon segala-galanya. Allah lah segala-galanya. semua yang kita buat semua kerana Allah. eh, ni bukan taksub ke mabuk cinta yang bukan-bukan tau! ni  mabuk cinta untuk Allah. memang patut kita buat macam ni. sebab Allah adalah Tuhan kita. kepadanya lah segala-galanya akan kembali. Allah is the number one.

tapi ingat, untuk mencapai apa-apa pun perlu ada pengorbanan kan?
samalah bila kita nk cari cinta Allah ni. kita kena tolak sikit dunia, tolak sikit hawa nafsu supaya kita dapat menghayati betul-betul cinta Allah tu. dan nak ingatkan juga, bahawa Allah pemilik seluruh alam termasuklah dunia yang kita duduki ini, so jangan bimbang jika kita terpaksa tolak dunia tu ketepi sikit kerana Allah tahu kita tak akn rugi. Allah sentiasa sediakn yang terbaik untuk kita.

macam artis

kak oppa, kak kembar, kak qis, kak bai.hehe. akak la sngt

mcm pegang anak kan.haha
pss, jojo tu adalah watak lakonan saya semasa orentasi tahun satu. melekat sampai sekarang pulak. hee


Tuesday, September 11, 2012

Ada apa dengan Bunga 5 Kelopak ni?

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah sihat. walaupun sejak kebelakangan ni asyik menitiskan air mata je. crying for no reason. so sad. mungkin dah lama tak menangis kerana Allah, sbb tu jadi macam ni.#take a lesson please

Berbalik kepada tujuan utama entri kali ini, why bunga lima kelopak? kenapa tak empat? kenapa tak enam? kenapa saya pilih bunga? kenapa saya tak pilih pizza? kenapa bukan buku nota bulat atau apa-apa lah.

Insya-Allah, jawapannya ada di sini.

LAPANGKAN HATI, LAPANGKAN MINDA.

hanya gambar hiasan-enam kelopak-

Pertama sekali, kenapa saya pilih bunga lima kelopak?
sebab saya SUKA lukis bunga mcm tu. boleh dikatakan itu trademark saya sebab kwn2 sekolah dah tau siapa yg lukis bunga2 mcm gini kat kertas.hihi. bunga ni ada lima kelopak sbb Allah suka nombor ganjil so saya pn pilih 5. kenapa tak 3 atau lebih? sebab bila saya lukis, 5-5 kelopak tu akan terlihat. terserlah setiap kelopak tu kan. kalau lebih 5 mungkin akan crowded dan mungkin ada kelopak bunga yg terlindung. tak best. ada kelopak yg tak terserlah.hee

Kedua, apakah maksud yang tersirat di sebalik nama bunga lima kelopak itu?
okey yg ni mula2 xde reason yg kukuh. sbb mula2 mmg saja nk pilih nama bunga lima kelopak ni. smpai la pada suatu hari ada akak Cairo tegur kita, dia cakap apa pun nama biarlah ada matlamat. dah tak ingt sgt ayat dia tp apa yang saya dpat adalah kalau boleh jadikan setiap benda tu ada wawasannya, ada matlamatnya ada faedahnya.

saya pun brainstormed cari ada apa dengan bunga lima kelopak(hee, brainstormed le sgt kan. berangan mcm2 je)

setiap bunga mesti la ada yg tengah2 dia tu kan? what we call ah? center? stamen? huhu. center mestilah penting kan? so tgh2 ni ibaratnya hati saya. saya kena letak dalam hati, lekatkan dgn gam UHU, sematkan kemas-kemas bahawa cinta kepada Allah dan RasulNya itu menjadi tujuan utama saya. bila hati saya sudah berada pada jalan Allah, insyAllah kehidupan saya akan mudah kerana mendapat pertolongan dari Allah. so ibaratnya itu adalah tujuan hidup saya.


setiap kelopak juga ada maksud dia ;)
pertama, insya-Allah, saya mahu menjadi seorang manusia yang sentiasa belajar supaya saya dapat menjadi seorang muslimah yang menjadi seorang doktor  yang berjaya di dunia dan di akhirat!

kedua, perkongsian itu perlu dan sangat2 perlu. saya pernah tweet ni, 'world without sharing is hampeh' seriously, it is true. boring giler kan kalau tak de org nk share pengalaman kat kita, tak de org nk share tips dia pndai belajar, dan paling rugi dan merugikan kalau Nabi Muhammad dan Sahabatnya tak share pasal islam, tak sebarkn islam pada kita dulu. Masha-Allah, apa tah agknya jd dgn kita skg?  so maknanya sharing sgt perlu utk terus sebarkan islam :)

ketiga, syukur+sabar+reda. saya sudah mengalami beberapa insiden di mana saya terlupa hendak bersyukur. lalu saya merungut. lalu saya mengungkit mengapa Allah ciptakan saya begini dan bukan begitu. oh, betapa ruginya diriku waktu itu! seharusnya, bersyukur dgn setiap apa yg kita ada. dan gunakannya pada jalan yg menunjukkan kita bersyukur sgt2 pd Allah. SABAR? mmg susah. tp yg susah tu la yg Allah suka. cuba sedaya upaya untuk sabar atas ujian Allah. sebab semua yg terjadi itu bukan sia-sia. pasti ada hikmah. REDA pulak. huu, sometimes mulut kita selalu ckp 'xpe aku reda' tp perbuatan kita menunjukkan kita ni xreda. these 3 things i try to amalkan betul2. sangat halus dan perlukan semangat jihad yg tinggi. Allahu Akbar!

keempat, when we help people, insyaAllah Allah will help us. when Allah help us insyaAllah everything is under control. i love this sentence!

kelima, berukhuwah kerana Allah. dulu saya berkawan kdg2 sebab dia cantik, dia comel, dia pandai cakap BI, dia blaa, blaa, blaa, huhu. selepas belajar dan mengamalkan berukhuwah kerana Allah, terbuktilah jika kita berukhuwah dan berkawan kerana Allah insyaAllah persahabatan itu sgt manis dan sgt best. yelah mungkin ada perkara yg kita tak minat sgt ke pada sahabat kita tu tp jika kita dah cop persahabatan kita tu kerana Allah, insyaAllah kita boleh telan semua tu ;)
sama macam family. family tu lagi lah. mcm2 dah kita buat dgn diorg. kadang2 memalukan dorg pn ada jugak tp dorg still dpt terima kita. xrugi kalau niatkan dalam hati kita, syg dorg krn Allah dan harap2 kita dpt msuk syurga sama2 dgn mereka. amin

hewhew, alhamdulillah dah selesai. nampaknya lima kelopak ini gayanya melambangkan apa yg saya ingin lakukan dalam kehidupan seharian saya. apa yang ingin saya capai dalam kehidupan seharian saya. tak salah saya menetapkan begini dan saya rasa mcam nak print tampal kat diari je.heh.
buat sekali xsemestinya kita dpt hasil yg baik so xpe, cuba lagi dan cuba. sesungguhnya, Allah hanya melihat usaha kita sahaja. sejauh mana hambaNya betul2 mahukan cinta Allah itu :)




esok pergi jumpa pakar bedah mulut >,<
kak ayu amiza (ehem. bakal madam) alhamdulillah saya selesai melakukan tugasan