Monday, February 4, 2013

Amanah saham akhirat ^^

Assalamualaikum :)

MasyaAllah, lama sungguh tidak menaip di blog ini. Nampaknya hari ini saya tidak dpt menahan rasa itu lalu bertekad men'download' Blogspot ke dlm phone baru. Hee

Dengan perasaan gembira selepas ada akhawat rindu, saya menulis entri ini. Sepanjang beberapa bulan ini MasyaAllah mmg banyak betul perkara yang terjadi.

Dilantik memegang beberapa jawatan dan mendapat tanggungjawab yg agak berat. Dengan berbekalkan pengalaman yang ciput seciputnya saya menerima jawatan dan tanggungjawab yang diberikan.

'Biar betul ko terima byk2 tu, ko ni dh la tak tau pape tibe2 nk amik jawatan tu'

Ye memang banyak yang saya tak tau. Tapi bila saya lepaskan peluang yang datang tu begitu shj makanya lagi banyaklah yang saya tidak tahu.

SAMPAI BILA SAYA TAK NAK TAHU PEKARA YANG BERKAITAN DENGAN BENDA-BENDA TU SEMUA KAN?

SAMPAI BILA SAYA TAK NAK CUBA PERKARA BARU?

SAMPAI BILA SAYA NAK TGK ORG LAIN JE BUAT?

Saya percaya setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Dan leadership ni pun penting untuk ada dalam setiap orang sebab setiap orang itu adalah seorang pemimpin.

Saya juga percaya dengan kita memegang jawatan itu bukan bermakna kitalah yg sepatutnya dilayan tetapi kitalah yang perlu berkhidmat utk mereka. Untuk kawan-kawan kita.

Saya percaya bila kita tolong orang lain, insyaAllah Allah akn tolong kita jugak.

Bila kita buat sesuatu kerja itu kerana Allah semata-mata, insyaAllah Allah permudahkan urusan kita. Saya sgt terkesan dengan rakan-rakan ajk yang cool je tp sebenarnya mengalami masalah. Hebat! Tenang sahaja muka mereka. Dalam hati mereka sgt yakin bahawa Allah yg berkuasa utk menentukan segalanya.

Allah pilih saya dalam sesuatu unit tu mesti ada sebab. Ada benda yang Allah nak kita suruh belajar. So enjoy it! InsyaAllah Allah tolong :)







1 comments:

Unknown said...

bagus juga pegang jawatan ni, disamping dapat ilmu.. juga dapat membina keyakinan diri..
Amanah Saham Akhirat: Ustaz Zul Ramli

Post a Comment