Wednesday, June 27, 2012

Tinggalkan Itu Dan Menuju Ke Hadapan

Assalamualaikum :)

Allah syg kita. Bukti yg plg dkt sekali adalah kita dapat hidup lg hari ni. Sebab apa Allah takdirkan supaya kita hidup lagi hari ni? Supaya kita dapat bertaubat kepadaNya. Allah tak nak kita mati dlm keadaan yg tak beriman/jauh drpd Allah sbb tu Allah pjgkn umur kita. Sweet kan Allah ^^

Bila kita tahu Allah sayang kita, tak kan kita tak nak sayang Allah balik, betul tak? Jadi kita kena ikut cakap Allah sebab kita tak nak buat Allah murka dengan kita. Kalau kita buat Allah murka dengan kita nanti hidup kita yang tak tenang sebab Allah akn tinggalkan orang yang tinggalkan Dia. Tapi ayat tu tak boleh pakai selalu sebab Allah tu Maha Penyayang. Dia tak pernah tinggalkan hambaNya mcm tu je. Allah tetap bg rezeki pada orang-orang yg meninggalkanNya.
Lagi sekali, kasihnya Allah pada kita kan.^^

Lelaki dan perempuan memang tak dapat dipisahkan. I mean mmg Allah dh jadikan lelaki pasangannya perempuan. Perempuan pasangannya lelaki. Malah Allah tak suka kalau kita ada hubungan 'ehem2' dengan yg sesama jantina.

Tapi you all(gaya datin), bukanla sewenang-wenangnya kita boleh bersama-sama dengan org yang berlainan jantina ini sesuka hati kerana beras suka hati ada kat malaysia je, tak de kat egypt. Haha(okey mengarut)
Kita dan kawan lelaki(tak kisahla handsome ke gemuk ke pendek ke ada perasaan dgn kita ke tak de perasaan dgn kita ke kwan biasa ke kwn baik ke) tak boleh bersama-sama mereka sesuka hati tak kisahlah di skypo ke pesbuk ke ym ke LM ke. (LM ape tu ape? err, light microscope mungkin)

'alamak pehal pulak lu ni? Gua xde feeling langsung kat dia' ( sorry ayat kasar )

'bro, kalau lu xde feeling pun tetap TAK BOLEH.ada paham! ( marah )

'lu siapa mahu cakap gua TAK BOLEH bersama-sama kwn pelempuan gua sesuka hati even gua tak ada pelasaan pun?'

'saya, afiqah! Tak de kenal lagi ka?dengan kata sebenar saya ni hanyalah hamba Allah yang sedang mencuba untuk mengamalkan islam dalam seluruh kehidupan saya'

Okey, habis dah drama, yang pasti nak highlight kat sini, Allah larang kita HAMPIRI ZINA. zina tu tak semestinya dengan pasangan kita yang bagai 'merpati sejoli' tu kan. Dengan rakan biasa pun kalau kita duk sibuk bertepuk tampar pun dah tak boleh. Yang pasti kita tak boleh buat kawan lelaki kita tu mcm kita kawan dengan perempuan(sya ckp mcm ni sbb saya ni perempuan)

Even kalau kita nak cerita pasal islam pun jgnlah lebih2.sikit2 sudah la.takut bile terlebih nti jd lain pulak.

Kalau selama ni kita dah banyak buat mcm ni, lepas ni kita tinggalkan perkara ni. Kita nak dekat dengan Allah bukan? Makanya kita perlu ikut perintahNya. Jika terasa tidak punya kekuatan untukn lakukan perubahan, teruskan berdoa untuk mohon kekuatan dari Allah. Ingat ye, Allah bukan nak kongkong kita tapi Allah nak jaga maruah kita. See the word 'maruah'? Yes, MARUAH.

Saya sedang bercakap untuk diri saya dan sangatlah gembiranya kerana saya dapat berkongsi dengan anda semua. Minta maaf, jumpa lagi :)

1 comments:

caudate nucleus said...

wahai bunga di taman..moga dirimu sentiasa mekar harum mewangi di taman jambangan tanpa rosakan sang kumbang :)
sesungguhnya wanita itu perhiasan dunia, dan sebaik3 hiasan adalah wanita solehah..jatuh bangun sesebuah negara terletak pada wanitanya, jika rosak wanitanya..maka rosaklah dunia.
dan pesan Nabi yang dicintai juga, fitnah paling besar selepas kewafatan baginda adalah wanita.

moga kita sama2 jadi wanita solehah kebanggaan agama, kebanggaan Nabi SAW :) ameen

Post a Comment