Thursday, June 14, 2012

Marilah Bertenang :)

Assalamualaikum :)
Allahu Akbar!
Korg tahu tak maksud Allahu Akbar tu ape? Maksudnye, Allah Maha Besar. Jadi sifat Allah tu Maha Besar. Apa yg saya faham daripada maksud Allah Maha Besar tu adalah kita manusia(makhluk ciptaannya) sangatlah kerdil dan tak berkuasa untuk buat apa2 kerana Allah saja yang Maha Besar. Allah berkuasa atas segala sesuatu. Jadi bila terjadi sesuatu sama ada baik atau buruk, indah atau pahit, manis atau masam(??), semuanya dtg drpd Allah. Dan sesuatu itu pasti dan yakin bahawa ada hikmah disebaliknya. Maksud ada hikmahnya tu, insyaAllah mesti Allah nk beri kita pengajaran atau peringatan buat hamba-hambaNya yang pelupa ini.

Apabila kita ditimpa sesuatu yang tidak kita inginkan janganlah kita cepat merungut atau marah. Kita x boleh terus marah2 ckp "kenapa Allah beri aku musibah ni. kenapa tak pada makcik yg duduk hujung kampung yg selalu pergi masjid tu?" tak pun, "Allah tak syg aku ke sampai aku diberi ujian yg sgt berat mcm ni?"

Kawan-kawan sebenarnya Allah SAYANG sangat pada kita sampai kita diberi ujian sebegitu. Allah nak tengok sebanyak mana kita ni bergantung kepada Allah. Adakah lepas menerima ujian kita makin lalai atau kita makin dekat dengan Allah? Percayalah dan yakinlah setiap ujian itu adalah untuk mendekatkan diri kita kembali kepada Allah. Alhamdulillah Allah sayang kita sebab Allah suruh kita duduk dekat2 dengan dia :)
Sweet kan Allah. Subhanallah.

Semasa kita dapat musibah tu kita kena tenang. Kita ingatlah Allah. Allah yg turunkn musibah tu dan penyelesaian ada pada Allah. Kita panjatkan doa banyak-banyak supaya Allah bantu kita kuatkan hati untuk terima dan bantu kita cari jalan keluar. InsyaAllah Allah akan tolong. Bila kita cepat2 ingt bahawa Allah yg turunkan musibah tu insyaAllah kita akan tenang sebab hati kita tau kita ni hanyalah hambaNya. Kita tak berhak untuk marah2. Kita tak mampu nak ubah apa yang Allah dah tetapkan. Gembirakanlah hati dengan yakin dan percaya bahawa insyaAllah di akhirat nanti Allah beri ganjaran yang tidak ternilai :)

Minta maaf kalau sya terlebih cakap, just nak share sikit je semoga diberkati Allah perkongsian ini dan dapat membantu org yg kat luar sana. Peace^^

0 comments:

Post a Comment