Thursday, July 12, 2012

Holiday ~ALEXANDRIA~

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah.
phewwwwww. weeeet. wooooooo!
SAYA DAPAT JEJAKKAN KAKI KE ALEXANDRIA! WUU,WUU,WUU(mode jakun smpi kemuncak)
setelah hampir 10 bulan berada di bumi anbiya', mesir akhirnya saya dapat menjejakkan kaki ke Alex. satu pencapaian yg agak hebat dalam hidup saya.haha. ALEX, adalah muhafazah(negeri atau daerah la gitu) yang merupakan sebuah tempat pelancongan antarabangsa. ramai la datang sini. samaada dari dalam mesir sendiri ataupun dari negara-negara orang yang berkulit putih. oh, ye tak lupa jugak orang malaysia seperti kami.^^

Apa istimewanya Alex ni?
well, tempat ni ada pantai! cantik wooo. boleh dikatakan sepanjang pinggir pantai itu adalah kawasan pelancongan(tempat org bemandi-manda). hotel2 jangan cakap la mmg banyak.
tambah lagi, Alex ada kubu Salahuddin, ada perpustakaan yang terbesar kat dunia(dengar2 hari tu dah jatuh nombor2)
yang paling best, Alex ada akhawat kita!^^

Sebelum bertolak ^^

Saya ke sana bukanlah keseorangan, malah ditemani ahli-ahli usrah yang lain. jadi semua sekali 9 orang. tapi ada seorang ahli usrah, syakirah tak dapat ikut sbb dia baru lepas operate appendix. tertinggalah dia kat tanta. hehe. so pada pukul 9 pagi kami semua bergerak ke Mahatta(stesen keretaapi). tiket memberitahu, train akan sampai pada pukul 9.23 pagi(pelik gler masa dia. tapi pakcik tu kata 9.15) tapi apa yang terjadi adalah train sampai pada pukul 11 pagi. LAMA SGT delay nye tuh! huhu. tapi takpe, semua yang terjadi pasti bukan sia-sia dan terbaik untuk kita. kitorg smbung aktiviti dengan bergambar dan berkenalan antara satu sama lain(ta'aruf). kadang2 kita rasa kita dah kenal betul dengan kawan2 kita tapi sebenarnya ada je lagi yang kita tak tahu pasal mereka. so time ni lah kita nak berkenalan. dengan jaulah(rombongan) macam ni dapatlah kita ta'aruf sifat2 mereka. sebab manusia ni sifatnya lain-lain. Allah memang dah jadikan macam tu. Allah tak suruh kita anti dengan orang2 yang sifatnya lain dengan kita tapi Allah suruh kita kenal2 dan berkawan kerana Allah. insyaAllah bahagia hidup :)

Mahatta, Tanta

Sampai-sampai je kat sana, fuuuh terasa mcm VVIP sebab ada akhawat yang sambut. sebenarnya perasan je VVIP padahal tak tau jalan memang patutlah akhawat tolong sambut kitorg. HEEE. Alhamdulillah nikmat ukhuwah tu sangat lah berharga. kitorg dapat kenal lagi dengan akhawat-akhawat Alex. kitorg stay kat sebuah rumah akhawat(rumah ni sebenarnya milik kita bersama, rumah akhawat kita) siap buat mcm rumah sendiri cukup. ahaha.

Mahatta, Alex^^
uih, mak usrah posing maut. anak2 usrah sopan je. haha


Malam tu ada pengisian daripada akhawat Alex. point yang penting dalam pengisian tu, elakkan diri daripada ditapis lalu menjadi hampas. Alhamdulillah kita dah berada di jalan Allah tapi kita tak ada jaminan untuk hari esok samada kita terus berada di jalan Allah atau sebaliknya. sebab itu kita kena berhati-hati dalam setiap perbuatan kita untuk mengelakkan diri kita tertapis.

Kenapa beria sangat taknak kena tapis? sebab kalau kita dah jadi hampas, ada kegunaan lagi ke hampas tu? TAK ADA kan? sama mcm kita. Allah dah kurniakan nikmat, kita berada dalam jalan dakwah dan tarbiyyah tapi kita main-main padahal jalan ni bukan untuk main-main. sebab tu Allah nak pilih orang yang betul-betul nak terus dalam jalanNya. diri kita macam mana? mestilah nak elakkan diri daripada menjadi hampas kan? insyaAllah kita cuba sedaya upaya supaya kita tidak tertapis. supaya kita terus berada di atas jalan yang benar. terus mendapat rahmatNya.

Pengisian bersama akhawat alex

okey teruskan pengembaraan alex, ^^
esoknya kitorg naik basikal. well, kat tanta xde nye nak naik basikal mcm ni. sbb mungkin akan dipandang serong(pelik kot sbb lelaki je yg selalu naik basikal kat sini).
rupa-rupanya aktiviti menaiki basikal tu telah memenuhi hajat seorang ahli usrah yang sudah 14 tahun tak naik basikal. BAYANGKAN, mesti budak tu excited terlebih kan? ahahaha. memang excited sebab dia masih setia nak kayuh basikal tu even seluar dia koyak kena rantai basikal.

kami team ajijul hasni. ^^  konon je

izni dan bi ^^
saya dengan kembar saya ^^
comel je diorg ni kan
topi pun sampai nak terbang kan nurul. wani steady ^^
Maktabat Al-Iskandariyah(library)
KUBU Salahuddin Al-Ayubi

Topi, topi, topi... lelong!
Sunset (konon) comel gak ^^
then, time to go back tanta!
phewwwwww! mcam dalam drama. mcm hindustan pun ada. oleh kerana kitorg ada 9 org, takkan la 9-9 nak masuk dalam  teksi kan? haha. so kitorg separate into 3 groups. dah takdir Allah sekumpulan daripada kami tersekat kat traffic jam. kitorg yang dh kat depan train ni dh mcm lipas dh. tak boleh duduk senyap. ada yg xjumpa phone pstu dh mcm kelam kabut, pastu try call mak usrah. tu pun xdpt(mana taknye tepon mak usrah ada kat kami) haha, pastu try nk melengahkan train tapi tak berdaya train pun nak jalan dah. sikit-sikit dia jalan. kitorg pun mcm dilemma wanita. nak naik train ke nk tunggu diorg. serius mmg xtau gler nak buat apa masa tu. akhirnya kami pun melompat masuk ke train.

Tiket burned
dah masuk train tu diorg yg kat tepi pintu sempat la menjengukkan kepala keluar. dengan harapan diorg dpt kejar train. harapan tinggal harapan, drama tinggal drama. pintu pun terpaksa ditutup. pakcik-pakcik jaga pintu pun dh gelakkan kitorg. tak pe kitorg pn masuk jelah. sedih pun ada. kitorg still mcm xtau betul ke ni kitorg tinggalkan ahli usrah kitorg. huu. Alhamdulillah bila kitorg jumpa, kitorg tak berdendam ke apa tp saya rasa perkara tu menyebabkan ukhuwah kitorg bertambah rapat. semuanya kerana Allah. Allah yg ikat hati-hati kami. boleh jadi jika kami tak niatkan berkawan ini kerana Allah, semua org dh xnk kawan lagi. Alhamdulillah Allah satukan kami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Saya sayang ahli usrah saya kerana Allah :)



















1 comments:

najwa nano said...

bestnya korang..bila lah najwa dapat peluang camni..

Post a Comment